Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Hubungan Jepun-China Kembali Pulih

Hubungan Jepun-China Kembali Pulih

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yakin dapat memulihkan hubungan dengan China dan berkata hubungan kedua-dua negara itu sudah kembali seperti biasa, katanya hari ini.

Abe yang dijangka berkunjung ke China akhir Oktober ini berharap untuk mengundang Presiden Xi Jinping ke Jepun di masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika tekanan perdagangan AS ke atas Beijing dan Tokyo terus meningkat. Ia kerana dasar perlindungan AS yang membimbangkan itu akan memberikan impak ke atas ekonomi global.

“Perdana Menteri Li Keqiang melawat Jepun Mei lalu dan hubungan Jepun-China sudah kembali pulih sepenuhnya,” kata Abe kepada akhbar Sankei.

Dalam temu bual itu, Abe berkata beliau dan Trump berkongsi matlamat yang lebih besar untuk memperluaskan perdagangan dan pelaburan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Namun begitu, Abe menegaskan tidak akan mengutamakan persahabatan melebihi kepentingan negara dalam sebarang perbincangan mengenai perdagangan. – Reuters

Leave a Reply

Top