Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Hubungan Azmin-Rafizi Baik-Baik Saja

Hubungan Azmin-Rafizi Baik-Baik Saja

PETALING JAYA, Kehadiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli di sidang media Ketua Umum PKR hari ini memperlihatkan kedua-dua pemimpin itu sebenarnya tidak bertegang leher.

Sementara menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk sidang media, dua calon Timbalan Presiden itu kelihatan mesra.

Mereka bersembang ‘mesra’ sambil melemparkan senyuman antara satu sama lain, sekali gus menolak dakwaan parti itu sedang bergolak disebabkan mereka berdua.

Turut kelihatan, beberapa ‘pengikut’ daripada kem Mohamed Azmin dan Rafizi di ibu pejabat PKR hari ini.

Di pihak Mohamed Azmin, antara pemimpin yang hadir adalah calon Ketua Angkatan Muda (AMK), Dr Afif Bahardin dan daripada kem Rafizi pula Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Tengah hari ini dijangka berlangsung sidang media khas oleh Anwar di ibu pejabat PKR.

Leave a Reply

Top