MH Online

Laman Suara Rakyat

‘Hishamuddin Semalam Pergi Putrajaya Jumpa Siapa’?

'Hishamuddin Semalam Pergi Putrajaya Jumpa Siapa'?

KUALA LUMPUR, Ketika Umno berdepan dengan dua bekas menteri meninggalkan parti, bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dilaporkan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, semalam.

Sumber mengesahkan pertemuan tersebut namun intipati pertemuan itu tidak dapat dipastikan.

“Assalamualaikum Datuk Seri Hishammuddin. Nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Dalam perkembangan lain, sumber tersebut turut mendedahkan pemimpin Umno diketuai Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir minggu lalu.

Sebelum ini, selepas BN tewas dalam PRU14, Ahmad Zahid turut bertemu dengan Dr Mahadir di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Dr Mahathir menjelaskan dalam pertemuan itu Ahmad Zahid menyatakan sokongan kepada kerajaan selain meminta pandangan bagaimana ingin memulihkan Umno.