Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > HCF Sumbang Telekung & Al Quran Kepada 150 Saudara Baru

HCF Sumbang Telekung & Al Quran Kepada 150 Saudara Baru

 

OLEH : Abdullah Karim

PUTRAJAYA, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki memuji Hidayah Centre Foundation (HCF) atas penganjuran majlis ‘Penyerahan Al Quran Tafsir dan Kelengkapan Solat’ kepada saudara baru.

Kata beliau penganjuran majlis ini amat bertepatan sekali dengan hasrat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mahu mensyumulkan ilmu Al Quran kepada saudara baru di negara kita ini.

“Secara peribadi saya amat menyokong usaha seumpama ini dan berharap ia dapat diteruskan pada masa hadapan dengan pelbagai program,”katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah JAKIM , Tan Sri Othman Mustapa pada majlis yang di adakan di Masjid Putra, Putrajaya.

Ini adalah kali ketiga program seperti itu dilaksanakan oleh HCF.

Kali pertama pada 2015 dan kedua pada 2016.

Pada majlis kali ini seramai 150 saudara hadir. Mereka diberi sebuah Al Quran. Mereka juga menerima telekung sumbangan Padzilah Enda Sulaiman iaitu Pengasas Telekung Siti Khadijah.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi HDF, Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengurus Besar, Haji Abdul Rahman Kasim dan Penasihat Gabungan Dakwah Malaysia, Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir.

Asyraf Wajdi seterusnya berkata usaha murni ini sudah pasti penganjurnya iaitu HCF akan memperoleh keberkatan dan kerahmatan dari Allah dan beliau mendoakan agar pertubuhan ini akan terus maju serta dapat meneruskan hasrat membantu saudara baru dalam program seterusnya.

Sebelum itu dalam ucapannya, Haji Nicholas berkata sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) HCF telah memain peranan besar dalam mendidik saudara baru ini mendekati Al Quran.

Sokongan dan dorangan daripada pihak luar amat diharapkan terutama sekali mengenai kewangan untuk menyediakan pelbagai keperluan kepada mereka ini.

“Untuk pengetahuan semua, kami amat prihatin terhadap pendidikan dan bimbingan saudara baru ini agar mereka memahami dan menghayati dan seterusnya mengamalkan agama Islam dengan sempurna,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penderma yang telah sudi menghulurkan bantuan sama ada berbentuk kewangan serta material pada majlis ini.

“Semoga dengan adanya sumbangan ini terutama sekali Al Quran maka dapatlsh saudara baru ini menjadikan panduan serta cahaya keimanan dalam diri mereka,” jelasnya.

Leave a Reply

Top