Berdasarkan laporan Portal Malaysiakini yang memetik portal The Malaysian Insight, Haziq Abdullah ditahan di KLIA, petang tadi.

Selain itu memetik laporan sebuah portal online, peguam Haziq Abdullah, Ramesh Kumar memberitahu anak guamnya ditahan di KLIA2 ketika mahu berlepas ke destinasi yang tidak diketahui.

“Saya dalam perjalanan ke sana,” katanya seperti dipetik sebagai berkata.

Penahanan itu dibuat berikutan pengakuan Haziq Abdullah yang merupakan Ketua AMK Cabang Santubong, Sarawak bahawa dia adalah individu dalam video seks tersebut.

Rabu lepas, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam satu video lucah.

Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuh beliau dan memusnahkan karier politiknya.