Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Hayati Pesanan Presiden Untuk Mantapkan UMNO

Hayati Pesanan Presiden Untuk Mantapkan UMNO

KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, seluruh ahli UMNO perlu menghayati ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ia penting untuk semua pihak memainkan peranan bagi memantapkan parti.

Jelas beliau, ucapan dasar Presiden tersebut juga menekankan bagaimana mahu memperkasakan jentera parti bagi berharapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Parti berhadapan dengan keadaan politik tidak menentu jadi Presiden menekan untuk kita mempersiapkan jentera bagi berhadapan PRU mahupun PRK. Ini amat penting kerana kita mahu melihat kesiapsiagaan di semua peringkat berada di tahap yang baik.

“Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam keadaan politik tanah air yang tidak baik ini… ia susah dijangkakan. Sebab itu Presiden banyak menasihatkan untuk memperkemaskan jentera parti dan strategi kita dalam Muafakat Nasional juga banyak mengurangkan kerenah bagi berhadapan dengan PRU nanti,” ujar beliau kepada media selepas mendengar ucapan dasar Presiden Parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019.

Tambah Mohamad, antara perkara yang menyebabkan BN tewas dalam PRU-14 adalah kurangnya persefahaman sehingga wujud pertandingan lebih daripada dua penjuru.

“Ini merugikan BN jadi dengan adanya piagam Muafakat Nasional yang dimeterai 14 September lalu merupakan satu langkah besar dalam sejarah politik UMNO dan PAS iaitu dua parti ini yang dulunya berada di dua tempat berbeza kini sudahpun menjalankan kerjasama yang baik.

“Ini adalah salah satu strategi yang baik untuk kita berhadapan dengan PRU-15,” ujar beliau lagi.

Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang berlangsung selama empat hari menghimpunkan para perwakilan 191 bahagian dari seluruh negara. Petang ini sesi usul khas akan dibentangkan dan esok usul ucapan dasar Presiden akan dibahaskan

Leave a Reply

Top