MH Online

Laman Suara Rakyat

Hayat BN Di Hujung Tanduk.

Hayat BN Di Hujung Tanduk.
Oleh : Dr Khir Toyo
Nampaknya hubungan Umno dan Pas melalui perpaduan ummah seterusnya terhasil Muafakat Nasional, ada udang disebalik batu. MN menjadi blok kuat pembentukan kerajaan PN.
Sokongan MN lah yang membolehkan Tan Sri Muhyidin menjadi PM 8.
Kita semua juga akur,kumpulan Azmin menjadi kumpulan pembelot kepada DSAI dan Tun M, menjadi perancang utama untuk TSMY mengemudi tampok pemerintahan negara.
Desakan PAS, melalui kenyataan setiausaha agung PAS dan diikuti dengan kenyataan Timbalan Presidennya Supaya menjemput Bersatu menyertai MN, merupakan gerakan awal untuk memecahkan penguasaan UMNO sebagai parti terbesar orang melayu.
Desakan ini juga tak lebih dari memerah limau ke atas luka yang di alami oleh Umno akibat dari penubuhan Bersatu yang merupakan replika UMNO dan juga perbuatan Bersatu mengambil ahli parlimen UMNO dengan cara mencuri di siang hari.
Apakah perasaan PAS jika parti PAN juga di minta untuk menyertai Muafakat Nasional, dengan alasan yang sama demi perpaduan Melayu? Adakah Pas sanggup menerimanya?
PAS wajar cuba untuk memahami situasi yang telah dilalui oleh ahli UMNO bila mana wakil rakyat yang mereka pilih lompat ke Bersatu tanpa mengambil kira pandangan mereka.
Baru baru ini PAS telah menerus usaha nya untuk melumpuhkan UMNO dengan cadangan supaya Perikatan Nasional (PN) didaftarkan sebagai satu gabungan politik yang berdaftar dan menjurus ke arah menghadapi PRU 15 dengan menggunakan lambang baru.
Ini bermaksud PN akan menggantikan BN. Parti komponen BN iaitu MCA dan MIC pasti akan meninggalkan BN dengan menjadi komponen PN.
Ini telah terbukti bila mana ketua-ketua parti dari Sabah yang dulunya komponen BN telah dijemput sekali dalam mesyuarat PN baru baru ini, begitu juga dengan MCA dan MIC.
Kedudukan UMNO akan jadi sama tarafnya dengan parti parti lain walaupun parti itu hanya mempunyai ahli yang boleh dihitung dengan jari.
UMNO dan PAS sebaiknya menguatkan MN, dan menjadi blok terkuat dalam pembentukan kerajaan selepas PRU akan datang seperti mana yang dilakukan oleh parti parti politik di Sarawak hari ini. Ahli politik Sarawak bertindak bijak dengan mewujudkan blok mereka sendiri demi perjuangan rakyat Sarawak.
MN sewajarnya membuat tawaran supaya Bersatu kembali kepada UMNO malah tidak salah jika MN juga membuat tawaran yang sama pada PAN untuk kembali kepada PAS.
Situasi sebegini akan menunjukkan bahawa orang melayu ingin benar benar bersatu dan menjadi peneraju politik negara, tidak lah bersatu diluar tetapi berpecah di dalam.
Mendaftarkan PN sama sahaja dengan memberi sijil kematian pada BN, juga melumpuhkan kekuatan UMNO. Akan tidak ada parti besar untuk orang Melayu, penguasaan orang Melayu dalam politik akan jadi lemah dan tidak akan ada lagi satu parti yg memiliki kerusi terbanyak dalam parlimen.
Kesannya tidak akan ada kerajaan yang stabil selepas ini kerana mana mana kerajaan akan tumbang bila mana ada parti yang keluar dari gabungan mengikut selera parti itu.
Situasi yang kita hadapi hari akan kekal walaupun selepas PRU akan datang. Orang politik sibuk mengurus untuk parti mereka untuk melompat, pemimpin parti pula sibuk berebut jawatan, rakyat tercengang, bingung hidup terus dalam kesempitan.
Benar lah pesan orang tua tua
Harapkan pegar ,pegar makan padi.
Situasi bersatu diluar ,berpecah didalam ,ini tidak akan menguntungkan orang Melayu malah negara juga akan bermasalah kerana kerajaan yang akan wujud adalah kerajaan yang tidak stabil.