Hassan Rouhani memenangi Pilihanraya Presiden ke-12 Iran, sekali gus berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua.

Kemenangan itu diumumkan selepas Rouhani memperoleh 57.13 peratus undi menewaskan ulama berpengaruh, Ebrahim Raisi meraih 38.29 peratus undi.

“Dengan rendah hati, saya berjanji untuk menunaikan janji kepada rakyat. Anda telah memberi kepercayaan kepada saya untuk sekali lagi menggalas tanggungjawab berat ini,” katanya menerusi ucapan disiarkan stesen TV, kelmarin.

Difahamkan, jumlah peratusan mereka yang keluar mengundi mencipta rekod baharu selepas lebih 40 juta pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya tersebut. – Press TV

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *