Oleh : Abdullah Karim

MELAKA, Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai amat gembira sekali jasa bakti wakil mereka setelah dua penggal menjadi wakil mereka di situ.

Datuk Hasan Abd. Rahman telah membangunkan DUN Sungai Rambai dengan begitu pesat sekali sehinggakan kawasan tersebut padat dengan pembangunan.

Imam Masjid Al Hasanah, Haji Husin Lempah, 78 berkata paling menggembirakan penduduk di sini ialah apabila kawasan tersebut telah dinaik taraf kepada Daerah Kecil Sungai Rambai.

“Apabila kawasan ni dah jadi daerah kecil sudah tentu banyak pembangunan akan beliau (Datuk Hasan) bawa ke sini nanti,” katanya ketika di temui di masjid tersebut.

Beliau yang tinggal di Kampung Bukit Putat berkata sebagai pengundi di kawasan tersebut beliau amat gembira apabila wakil rakyat tersebut banyak membawa pembangunan di situ.

Sebagai contoh kata Haji Husin masjid yang berdiri megah di kawasan berkenaan adalah hasil usaha Datuk Hasan.

“Atas inisiatif beliaulah terbinanya masjid ini,” katanya.

Seorang guru sebuah sekolah di Sungai Rambai, Baijuri Semadi, 54 pula memberitahu Datuk Hasan merupakan seorang ketua yang amat rajin dan sarat idea.

Beliau tidak pernah duduk diam. Ada sahaja perkara yang hendak dilakukan untuk memakmurkan penduduk di situ.

Beliau menjelaskan disebabkan kerja kuatnya serta hubungan baik dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Ir Idris Haron RTC telahpun berdiri megah di Sungai Rambai.

“Tak lama lagi akan ada prjabat imigresen, kastam dan beberapa agensi kerajaan di RTC tersebut.

“Apabila semua agensi kerajaan beroperasi di situ tak perlu lagi penduduk di sini pergi ke bandar Melaka untuk urusan buat pasport dan sebagainya lagi, ” ujarnya.

Baijuri menambah penduduk di kawasan DUN Sungai Ramai amat menyenangi beliau.

Datuk Hasan bukan sahaja merupakan seorang wakil rakyat yang rajin dan berhemah tunggi malah yang lebih musfahak sekali ialah beliau suka membantu penduduk.

“Beliau tak boleh dengar orang kampung susah. Beliau akan turun dan cari jalan bagaimana nak bantu, ” katanya.

Baijuri memberitahu DUN Sungai Rambai merupakan DUN paling banyak orang kurang berkemampuan mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sebanyak 180 orang.

“YB Datuk sendiri turun padang dan beri kelulusan pada yang beliau fikirkan patut diberi bantuan. Sebab itu saya katakan tadi DUN ini paling ramai dapat bantan sebab YB Datuk ambil berat,” katanya.

Beliau berharap pada Pilihan Raya Umum Kali Ke 14 (PRU 14) nanti nama wakil rakyat ini hendaklah dikekalkan.

Penduduk-penduduk di kawasan tersebut amat menyayangi beliau dan mereka tidak rela pemimpin yang dianggap wira ini hilang dari persada politik Melaka.

Banyak lagi pembangunan di sini yang memerlukan sentuhan Datuk Hasan. Oleh itu pucuk pimpinan negeri mesti mendengar suara rakyat yang mahukan pemimpin mereka dikekalkan.

“Maaf cakap inilah satu-satunya wakil rakyat terbaik pernah ada di Sungai Rambai. Terlalu banyak jasa beliau kepada kami di sini dan yang paling penting ialah beliau adalah wira kami. Kami sayang wakil rakyat ini,” ujarnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *