MH Online

Laman Suara Rakyat

Harga Runcit RON95, RON97 Naik 6 Sen

Harga Runcit RON95, RON97 Naik 6 Sen

KUALA LUMPUR, Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik enam sen daripada RM1.25 kepada RM1.31 seliter, dan RM1.55 kepada RM1.61 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel juga naik lima sen seliter, daripada RM1.40 kepada RM1.45 seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.