Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik tiga sen kepada RM2.16 seliter manakala RON97 pula naik dua sen kepada RM2.43 seliter berkuat kuasa esok hingga 12 April.

Harga diesel pula turun tiga sen kepada RM2.08 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Facebook rasminya secara infografik, menyatakan harga baru mingguan itu akan berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.

Sebelum ini mulai 30 Mac lepas hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.13 seliter, RON97 adalah RM2.41 seliter manakala harga diesel RM2.11 seliter.

Ini adalah pengumuman kedua bagi bulan ini selepas penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan diumumkan setiap Rabu bermula minggu lepas.

Pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga berkenaan dilakukan bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan, seperti yang diumumkan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 22 Mac lalu berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 22 Feb lepas.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu mengguna pakai formula APM bermula Disember 2014.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *