Harga petrol RON95 dan RON97 yang menunjukkan trend kenaikan sejak 10 minggu lalu dijangka akan berterusan, ramal penganalisis ekonomi.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, tidak mustahil harga akan meningkat lebih tinggi selepas ini selepas mencatatkan kenaikan 4 sen, Rabu lalu.

“Tidak mustahil harga akan meningkat lebih tinggi selepas ini, tetapi banyak faktor luaran yang memainkan peranan maka sukar untuk memberi ramalan yang tepat,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga minyak ini didorong oleh faktor luaran yang tidak menentu seperti kemungkinan sekatan ekonomi Amerika Syarikat ke atas pengeluar minyak seperti Iran.

“Ini juga didorong tindakan negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang mengehadkan pengeluaran minyak supaya harga kekal meningkat,” katanya.

Harga minyak mengalami kenaikan hampir setiap minggu sejak 6 Julai lalu dan dalam tempoh itu, perubahan harga tidak berlaku hanya dua kali iaitu pada 20 Julai dan 24 Ogos.

Pada Rabu lalu, harga runcit baru bagi RON95 ditetapkan pada RM2.20 seliter manakala RON97 pula RM2.48 seliter, kenaikan sebanyak 4 sen. Diesel pula dijual pada harga RM2.05 (naik 1 sen).

Mengulas mengenai penerimaan rakyat yang dilihat tidak lagi bersuara mengenai kenaikan harga minyak, Ahmed Razman berkata, ini mungkin disebabkan kerana kenaikan berlaku setiap minggu dan bukan lagi setiap bulan, maka impak kenaikan sudah tidak terlalu ketara.

Walau bagaimanapun katanya, itu tidak bermakna rakyat sudah menerima kenaikan ini, tetapi mungkin merasakan tidak ada lagi yang boleh dilakukan melainkan mengubah gaya hidup seperti menggunakan pengangkutan awam atau kurang berbelanja.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *