Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Chan Ming Kai yang didakwa menghalang tugas polis di Taman Jaya Diri di sini, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kangar pukul 9.30 pagi ini.

ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa menghalang pemasangan menara telekomunikasi di kawasan perumahan itu serta menghalang anggota polis melakukan kawalan keselamatan.

Chan ketika dihubungi hari ini berkata beliau membuat bantahan itu kerana mendakwa syarikat Perlis Comm Sdn Bhd yang mendapat tender kerja tersebut tidak memiliki permit khas dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis walaupun mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Ketua Polis Daerah Kangar DSP Wari Kiew mengesahkan penahanan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *