MH Online

Laman Suara Rakyat

Hala Tuju UMNO Sudah Jelas

Hala Tuju UMNO Sudah Jelas

KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan hala tuju kerjasama politik UMNO sudah jelas dan perkara itu sudah digariskan dengan nyata dalam Piagam Muafakat Nasional.

Perkara itu mesti bergerak atas paksi muafakat dan kesatuan.

“Persoalannya apakah kita istiqamah melaksanakannya atau kita goyah dek perkara lain yang mengganggu “iman politik” kita…,” katanya dalam catatan di Twitter, hari ini.

Annuar turut mengulang siar berita mengenai gesaan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya memberi pedoman dan hala tuju jelas dalam kerjasama dengan pesaing politiknya.

Mohamad Hasan dilaporkan berkata, pendekatan sedia ada didakwa mengecilkan peranan dan melemahkan parti itu sendiri.

Beliau juga menggesa UMNO memikirkan semula strategi dan kerjasama politiknya, termasuk mempertimbang sama ada hanya perlu bersama PAS dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).