MH Online

Laman Suara Rakyat

Hak Sabah, MA63 Dan Dasar Pecah Dan Perintah

Hak Sabah, MA63 Dan Dasar Pecah Dan Perintah

Oleh : Musli Oli

Sedar tak sedar, dalam menuntut hak-hak Sabah dalam MA63 kita telah membenarkan KL melakukan dasar “divide and rule” keatas negeri Sabah. MA63 tidak perlu dituntut. Untuk apa tuntut satu perjanjian yang telah dipersetujui dan telah ditandatangani? “It was singned, sealed but not delivered”. Sepatutnya kerajaan negeri Sabah cuma perlu desak KL untuk “deliver” dan melaksana perjanjian yg telah mereka persetujui itu bukan menuntut MA63. Selepas dilaksana MA63 barulah mengadakan rundingan tuntutan-tuntutan baru yang tidak termasuk dalam MA63 tetapi dijanjikan sebagai manifesto pilihanraya, seperti 20 peratus royalti petroleum dan lain-lain.

Tanggungjawap melaksana MA63 terletak dibahu kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah bukan tanggungjawap parti-parti politik. Tetapi KL tahu, perebutan kuasa yg sengit telah berlaku sejak pra merdeka antara Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam. Bermula dgn USNO dan UPKO. Kemudian USNO vs BERJAYA. Diikuti USNO dan PBS.

Dalam perebutan kuasa tersebut, KL sentiasa memihak dan menyokong parti politik yang “friendly” dengan dasar KL. Parti politik yang diberi sokongan harus membenarkan sikap sambil lewa KL terhadap hak-hak Sabah dalam MA63. Maka itu setiap parti politik yang jadi parti pemerintah di Sabah sentiasa memuji dan menyokong tindakan pemimpin-pemimpin Persekutuan dan kurang memberi penekanan kepada soal perlaksanaan MA63 kerana bimbang kedudukan akan terancam bila KL menarik sokongan kepada parti mereka.

Ini yang berlaku kepada kerajaan Perikatan pimpinan UPKO pada awal merdeka. Kelantangan Tun Stephen dan pemimpin-pemimpin lain seperti Peter Mojuntin menyebabkan UPKO di anggap tidak “friendly” dengan kerajaan Persekutuan. Tun Stephen hilang jawatan bila gantikan dengan Peter Lo dari parti SCA sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

Pada pilihanraya negeri yang pertama pada 1967, KL memberi sokongan penuh kepada USNO. Tun Stephen dilarang untuk bertanding dalam pilihanraya itu kerana dia masih sangat berpengaruh. Kemenangan UPKO boleh dianggap satu referendum untuk Sabah keluar dari Persekutuan. Tun Stephen cuma dijanjikan jawatan Pesuruhjaya di Australia. Tanpa Stephen USNO akhirnya menjadi kerajaan baru selepas menewaskan UPKO.

USNO juga menerima nasib seperti UPKO bila Tun Mustapha mula lantang bersuara. Dia tidak berpuas hati dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974. Dalam mesyuarat Agung USNO Tun Mustapha menyampaikan ucapan meminta kedudukan Sabah dalam Malaysia dikaji semula kerana MA63 masih tidak dilaksana. Tun Mustapha tidak berpuashati kerana negeri tidak mendapat hak royalti daripada hasil petroleum sedangkan petroleum merupakan hak negeri seperti temaktub dalam MA63.

KL bertindakbalas menubuhkan parti BERJAYA dan menarik pemimpin-pemimpin kanan USNO seperti Tan Sri Harris Salleh dan Tan Sri Ghani Gilong, Menteri Persekutuan ketika itu menyertai parti baru itu. Tun Stephen juga dipujuk mengetuai BERJAYA yang akhirnya menumbangkan kerajaan USNO pada pilihanraya 1976.

Parti BERJAYA menjadi kerajaan baru di Sabah. Secara umum pentadbiran negeri terutama semasa Harris Salleh dianggap terlalu mengikut telunjuk KL. Semasa kerajaan BERJAYA bertambah banyak hak-hak Sabah diserah kepada KL. Ini termasuk penyerahan hak royalti melalui perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani Harris Salleh bagi pihak negeri Sabah dan penyerahan Pulau Labuan kepada Wilayah Persekutuan.

Keputusan dan tindakan politik Harris Salleh merupakan punca utama parti BERJAYA tumbang kepada PBS selepas memerintah dua penggal pada pilihannya negeri 1985. Parti PBS dianggap tidak friendly dengan KL kerana sering mengingatkan KL tentang hak-hak Sabah, walaupun parti itu menjadi anggota Barisan Nasional. PBS kemudian keluar dari Barisan Nasional dan menyertai APU menjelang PRU 1990.

Tindakan PBS keluar dari Barisan Nasional mendorong kepada kemasukan UMNO ke negeri Sabah setahun kemudian pada February 1991. Sejarah ringkas ini sekadar mendedahkan betapa licik permainan politik pecah dan perintah KL untuk terus tidak melaksana MA63. KL akan terus bertangguh dan memberi 1001 alasan untuk tidak melaksana MA63 sehingga tiba masanya KL mendapat peluang bergabung dengan parti politik dari Sabah yang memihak kepada pendirian dan dasar KL.

Jika semua pemimpin politik dan ketua-ketua parti politik dari Sabah sehati sejiwa dalam tuntutan perlaksanaan MA63 sudah tentu KL tidak berpeluang melaksana dasar pecah dan perintah keatas Sabah. Jika semua parti politik beri sokongan kepada kerajaan negeri tidak kira dari parti apa dalam desakan melaksana MA63, KL tiada pilihan selain melaksana perjanjian itu. Sebenarnya sikap pemimpin2 Sabah yang pentingkan kuasa merupakan punca utama MA63 tidak dilaksana. Inilah masalah kita di Sabah – lebih ramai pemimpin politik bernafsu besar daripada pemimpin politik berjiwa besar!