MH Online

Laman Suara Rakyat

Haji Hasbi Ucap Terima Kasih Kepada Kementerian Luar

Haji Hasbi Ucap Terima Kasih Kepada Kementerian Luar

Berikut adalah kenyataan media Yang Berhormat Haji Hasbi Bin Habibollah Timbalan Menteri Pengangkutan berkaitan isu penangguhan bayaran keluar masuk sempadan negara Brunei.

Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar Negara kita, atas perbincangan dengan pihak Kerajaan Brunei Darussalam berkaitan dengan Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk 2020 kepada sesiapa yang melintasi sempadan Negara mereka.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan
Negara Brunei yang telah pun memutuskan untuk menangguhkan bayaran ini sehingga 1 Oktober tahun ini.

Kita tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah turut
serta berbincang dengan Kerajaan Negara Brunei Darussalam mengenai perkara yang sama.

Saya syukur hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan
Negara Brunei Darussalam ianya dapat ditangguhkan.

Hasil penangguhan ini dapatlah kedua-dua kerajaan mencari platform meneruskan perbincangan untuk jangka masa panjang.

Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam atas kerjasama yang diberikan terhadap  Kerajaan Malaysia.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan atas kerjasama daripada Kerajaan Negara Brunei
selama wabak Covid-19 melanda Kerajaan Brunei telah membenarkan rakyat Malaysia yang
mengalami kecemasan, sakit dan tugasan kerja untuk melintasi pintu sempadan Negara Brunei.

Sekali lagi, kami masyarakat Utara Sarawak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah berusaha dalam menangani perkara ini.

Keputusan ini sesungguhnya memberi kelegaan
kepada kami, Alhamdulillah.

Saya turut memohon kepada orang ramai agar patuh terhadap SOP dan amalkan gaya hidup
dalam norma baru ini.