Anda di sini!
Utama > Sukan > Guardiola Gusar Hilang Khidmat Sane

Guardiola Gusar Hilang Khidmat Sane

Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane mengalami kecederaan ligamen buku lali ketika pasukannya menang 2-0 ke atas Cardiff City dalam pusingan keempat Piala FA, menurut pendahulu Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain Jerman itu mengalami kecederaan pada separuh masa pertama ketika berlaga dengan pemain Cardiff, Joe Bennett yang kemudiannya dilayangkan kad kuning kedua berikutan insiden serupa sebelum dibuang padang.

Sane kemudiannya digantikan pada separuh masa kedua dan pengurus City Pep Guardiola kemudiannya berkata beliau bimbang pemain itu tidak akan beraksi dalam ‘tempoh tertentu’, mungkin sebulan.

Biarpun mengesahkan kecederaan itu, City belum menyatakan bila Sane yang menjaringan 11 gol dan membantu 14 jaringan dalam semua kejohanan musim ini akan kembali beraksi.

“Saya mengalami kecederaan ligamen buku lali, namun saya tidak rasa ia seteruk seperti yang dilihat,” kata Sane di Twitter.

“Rawatan pemulihan akan bermula tidak lama lagi dan saya bermotivasi untuk kembali ke padang secepat mungkin!”

Guardiola ternyata berang dengan insiden berkenaan dan selepas itu ke atas Brahim Diaz, juga dilakukan Bennett dan kemudiannya masuk ke padang selepas wisel penamat untuk mengadu kepada pengadil Lee Mason.

Bennet kemudiannya dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Diaz.

Guardiola kemudiannya meminta pengadil untuk lebih berusaha melindungi pemain daripada tindakan keras pemain lain.

“Saya sudah katakan banyak kali bahawa mereka (pengadil) perlu melindungi pemain. Ia berlaku ke atas Leroy dan kemudiannya Brahim pada akhir perlawanan.” – AFP

Leave a Reply

Top