Kewujudannya kini hanya dirasai melalui kenyataan media Presidennya sahaja. Sebab itu pelbagai kenyataan dilakukannya.

Nasihat saya pada Gerakan kembalilah pada realiti sebenar. Perbaiki dan perbetulkan parti sendiri kerana Gerakan akan terus berada dalam kegelapan jika tidak mengubah sikap.

Pendekatan Gerakan tidak akan menambahkan sokongan kaum Cina sebaliknya orang Melayu Bumiputera akan terus menolak Gerakan. Dan Gerakan akan terus lenyap.

Jadi, kalau Gerakan mahu kembali berpengaruh, tidak cukup hanya melalui kenyataan media.

Malah, kenyataan sebegitu juga memperlihatkan Presiden Gerakan tidak memahami isi kandungan Piagam Muafakat Nasional. Baca dan teliti dahulu kandungannya sebelum membuat ulasan.

Saya ingin nyatakan tiada “Hari Gelap Malaysia” sebagaimana Presiden Gerakan nyatakan apabila Piagam Muafakat Nasional ditandatangani UMNO PAS.

Muafakat Nasional adalah untuk rakyat Malaysia. Ia demi kebaikan rakyat tanpa mengira kaum. Oleh itu, mari bersama Muafakat Nasional demi Malaysia yang sejahtera.

*YB DATO DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH*

Ketua Penerangan UMNO Malaysia.