Gempa berkekuatan 6.8 skala richter menggegar Filipina, awal kelmarin dan turut menyebabkan dua cedera selain beberapa bangunan mengalami kerosakan serta gangguan bekalan elektrik.

Pihak berkuasa memaklumkan gempa tersebut telah mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang mana kebanyakan daripada mereka sedang nyenyak tidur.

Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran gelombang ombak bahaya di Mindanao dan Indonesia selepas gegaran tersebut berlaku pada jam 4.23 pagi (waktu tempatan), namun amaran tsunami telah ditarik balik kurang dua jam selepas insiden itu.

Sementara itu, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan bacaan gegaran itu adalah 7.2 skala Richter dan pusat gempa terletak kira-kira 53 kilometer di luar pantai selatan Mindanao. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *