Anda di sini!
Utama > Sukan > Farah Anida Dilantik SUA KAFA

Farah Anida Dilantik SUA KAFA

KOTA BHARU, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan melantik Farah Anida Mansor sebagai Setiausaha Agung baharu bagi menggantikan Hussin Deraman mulai hari ini.

Pelantikan itu disahkan Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan dan dibuat dalam tempoh 24 jam berikutan peletakan jawatan Hussin berkuat kuasa hari ini.

“Kita dah buat pelantikan baharu bagi jawatan setiausaha agung badan induk persatuan bola sepak negeri ini menggantikan Hussin Deraman,” dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata, pelantikan berkenaan akan berterusan hingga berlangsung kongres KAFA pada 2021 kelak.

Bibi Ramjani berkata demikian sebagai mengulas surat daripada Hussin kepada KAFA yang bertarikh 1 Ogos mengenai penarikan diri beliau daripada memikul tugasnya selaku Setiausaha Agung KAFA.

“Farah bersetuju memikul tanggungjawab besar bakal dibantu penolong setiausaha agung, Arif Hassan untuk mengurus pentadbiran badan induk persatuan bola sepak negeri ini.

“Apapun, kekosongan dua jawatan naib presiden KAFA belum diputuskan untuk melantik calon pengganti yang layak ,” katanya.

BH Online hari ini, melaporkan episod peletakan jawatan dalam badan induk itu terus berlaku apabila Hussin meletak jawatan Setiausaha Agung KAFA berkuat kuasa serta-merta disebabkan tekanan sepanjang memikul tugas berat dalam persatuan ketika ini.

Leave a Reply

Top