Anda di sini!
Utama > Luar Negara > EU Bergelut Atasi Kebuntuan Pada Sidang Kemuncak COVID 19

EU Bergelut Atasi Kebuntuan Pada Sidang Kemuncak COVID 19

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mengadakan beberapa pusingan mesyuarat semalam ketika bergelut mencari alasan munasabah untuk pembukaan semula hari ketiga rundingan pakej keselamatan COVID-19.

Sesi meja bulat utama sidang kemuncak itu bermula tengah hari semalam, selepas berakhir tanpa sebarang persetujuan kelmarin, namun masih tiada sebarang pengumuman dibuat.

Seorang diplomat EU memberitahu bahawa sekiranya rundingan berkenaan gagal, sidang kemuncak itu akan ditangguhkan sehingga Ogos, bagi memberi ruang kepada Jerman untuk menyetujui perancangan dibuat.

“Masa untuk kata sepakat sudah tiba,” kata Perdana Menteri Belgium, Sophie Wilmes.

Canselor Jerman, Angela Merkel, berkata terdapat banyak perkara perlu dihalusi bersama barisan pemimpin blok itu.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mengetuai satu gabungan ‘frugal’ (berjimat) bersama Sweden, Austria, Finland dan Denmark.

Mereka berjuang untuk memotong peruntukan berjumlah 750 bilion euro (RM3.6 trilion) daripada pakej pinjaman dan geran, yang mahu digunakan Brussels untuk membantu negara terjejas akibat COVID-19.

Rutte juga mahu negara anggota mengekalkan hak menggunakan kuasa veto ke atas pelan ekonomi yang mahu membantu Itali dan Sepanyol.

Ia sebagai usaha membuatkan dua negara terbabit bersetuju teruskan pembaharuan pasaran pekerja dan persaraan, satu perkara yang ditolak keras rakan sejawatnya dari Itali, Giuseppe Conte.

Sementara itu, satu lagi isu muncul apabila Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban, menuduh Rutte melancarkan serangan peribadi terhadap beliau dan negaranya.

Beliau juga lantas berikrar menghalang sebarang persetujuan yang akan mengikat EU daripada berbelanja untuk mana-mana negara penerima. – AFP

Leave a Reply

Top