Malaysia membuat kenyataan tegas dan berani mengenai isu Rohingya pada mesyuarat khas menteri ASEAN di Hotel Conrad Manila, hari ini.

Kenyataan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menyebabkan bilik mesyuarat dihadiri ketua delegasi senyap seketika.

Ahmad Zahid mempersoalkan tindakan Myanmar yang tidak membenarkan bantuan kemanusiaan daripasa organisasi antarabangsa dan tindakan kejam pasukan keselamatan negara itu.

“Pasukan keselamatan Myanmar membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.

“Etnik Rohingya adalah manusia dan bukannya haiwan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan Myanmar walaupun terdapat perbezaan pendapat, krisis di Rakhine perlu ditangani mengikut piawaian antarabangsa jika negara itu benar-benar mengamalkan demokrasi.

Menteri ASEAN berkumpul di Manila ketika ini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) .

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *