Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > EPIC Berhad Teroka Peluang Perniagaan Baru

EPIC Berhad Teroka Peluang Perniagaan Baru

KUALA TERENGGANU, EPIC Berhad sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat T7 Global Berhad dan CMC Engineering Sdn Bhd bagi perokaan peluang perniagaan dalam projek pembangunan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Kerjasama ini bakal menyuntik kesan positif termasuk membantu syarikat-syarikat tempatan dan GLC untuk terlibat secara langsung dalam projek berimpak tinggi ini.

‘Kehadiran projek mega yang diilhamkan oleh Perdana Menteri manfaatnya akan diperoleh rakyat Terengganu di samping manfaat kita guna pengakutan keretapi juga faedah untuk proses pembangunan akan dinikmati syarikat tempatan dan GLC kita’.

‘Kita akan ambik peluang ini untuk EPIC bukan hanya sebagai operasi tetapi juga sebagai payung (syarikat induk) untuk membantu syarikat tempatan bagi terlibat secara langsung dalam projek ECRL ini dengan kepakaran yangg ada melalui syarikat T7 dan CMC’.

‘Kita harap hubungn EPIC dengan kedua-dua syarikat akan dapat diteruskan melalui dalam projek lain yang boleh dibuat secara usaha sama ini juga memberi transformasi ekonomi negeri Terengganu’.

‘Kontrak untuk bina rel dan stesen dan ini menafikan isu tidak beri peluang kepada kontraktor tempatan dan kita juga menyelaras termasuk pembekal dari pasir kuari dan sebagainya yang akan diuruskan oleh kerajaan negeri melalui Terengganu Inc dan EPIC’.

‘Proses pengambilan tanah dan proses penyediaan untuk infra tempat mula dilaksanakan dan jika tiada isu melibatkan tanah maka projek akan dijalankan yang dijangka siap pada 2024’ katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara EPIC Berhad, CMC Engineering Sdn. Bhd. dan T7 Global Berhad di Wisma Darul Iman hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri.

Sementara itu Ahmad Razif memberitahu proses temu duga untuk pengambilan kakitangan projek ECRL telah dilakukan dan mereka yang berjaya akan mendapat latihan di TATIUC.

Leave a Reply

Top