Pengurus Barcelona, Luis Enrique mengesahkan dia tidak akan memimpin pasukan itu pada musim depan.

Enrique memberikan alasan untuk tidak lagi kekal di Camp Nou kerana mahu berehat.

Pengurus berusia 46 tahun itu mengemudi skuad The Catalan tersebut pada 2014 selepas menggantikan Tata Martino.

Sepanjang bersama Barca, dia membantu kelab gergasi Sepanyol itu memenangi kejuaraan Copa del Rey dua kali dan Liga Juara-Juara sekali.

Musim pertamanya bersama Barca agak menakjubkan apabila trio serangannya, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar mempamerkan prestasi luar biasa.

“Saya tidak akan berada di Barcelona musim depan. Saya perlukan rehat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab di atas keyakinan mereka. Ia tiga tahun yang penuh dengan kenangan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu berkata pihak pengurusan kelab tersebut menerima keputusan Enrique.

“Kami menerima keputusan Luis Enrique. Dia seorang jurulatih yang bagus. Dia juga telah berjaya membawa banyak kejayaan untuk pasukan,” kata Bartomeu.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *