Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Ennahda Umum menang Pilihanraya

Ennahda Umum menang Pilihanraya

Parti Ennahda (Ennahda), mengumumkan kemenangan mereka dalam pilihan raya perbandaran pertama di Tunisia, semalam dan ia dianggap langkah awal dalam proses demokrasi yang ketika dicemari masalah ekonomi.

Sebaik sahaja pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang (waktu tempatan), anggota kanan Ennahda, Lotfi Zitoun memberitahu Reuters, bahawa parti itu berjaya meraihkan lebih lima peratus undi, iaitu mendahului pesaingnya, Nidaa Tounes, berdasarkan pemantauan awal partinya.

Ennahda dan Nidaa Tounes adalah rakan pakatan dalam kerajaan dan mereka dijangka mendominasi pilihan raya itu, yang bertujuan memilih anggota bagi 350 majlis perbandaran, iaitu kali pertama sejak 2011.

“Keputusan ini adalah ganjaran kepada amalan demokratik dan toleransi yang ditunjukkan oleh Ennahda. Ennahda sentiasa berusaha untuk mencapai persetujuan,” kata Zitoun.

Sementara itu, jurucakap parti Ennahda, Imed Khemiri dalam satu kenyataan, berkata parti itu akan terus berusaha untuk memastikan wujud kesepakatan bersama rakan pakatannya.

“Amat penting untuk kedua-dua parti utama memenangi pilihan raya ini bagi menjamin keseimbangan politik di dalam negara,” katanya. – Reuters

Leave a Reply

Top