Sebuah pesawat yang dalam perjalanan dari sini ke Orlando terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas satu daripada dua enjinnya tidak berfungi.

Dalam kejadian itu, enjin sebelah kiri pesawat Southwest Airlines dikatakan tidak berfungsi selepas meninggalkan lapangan terbang.

“Berlaku letupan dan terdapat sedikit asap dari enjin tersebut, saya nampak serpihan di bahagian enjin berterbangan,” kata seorang penumpang.

Pesawat itu turut bergegar dan alat bantuan penafasan juga dikeluarkan.

Terdapat kerosakan di bahagian badan pesawat dipercayai terkena serpihan dari enjin.

Berikutan kejadian tersebut, pesawat berkenaan diarahkan mendarat di Pencasola.

Juruterbang turut mengeluarkan isyarat kecemasan kepada menara kawalan sebelum berjaya mendarat dengan selamat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *