Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Empower ECER Bantu Pelajar Capai Keputusan Cemerlang

Empower ECER Bantu Pelajar Capai Keputusan Cemerlang

KUALA NERUS, Program Latihan Akademik empower ECER (Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur) hasil kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya membantu pelajar mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih baik termsuk memperoleh A.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelajar yang dipilih terdiri daripada bercapaian sederhana dan program ini terbukti berjaya mencapai objektif.

‘Di kuala Nerus dari 16 orang yang terlibat dalam empower SPM dengan kerjasama UMT seramai 12 orang telah berjaya iaitu ada yang mendapat 5A 4A dan saya mengucapkan tahniah asalnya pelajar yang dipilih tidak ada A pun tapi apa yang dilaksanakan oleh empower ECER kita dapati kita menghasilkan kejayaan besar telah membantu mereka kerana mereka terdiri daripada keluarga B40 yang sudah pasti apabila dibantu kejayaan mereka ini akan dapat mengubah kehidupan keluarga mereka’.

‘Dan saya lihat satu kejayaan amat baik sekali dan akan diteruskan dan isnyaalalh bilangan telah ditambah terutama untuk membantu bukan sahaja untuk SPM sahaja tetapi juga PT3 dan UPSR’.

‘Seramai peserta 452 telah dikenal pasti yang menjalani latihan di bawah program Empower akademik dan kemahiran dan keusahawanan termasuk daripada anak-anak dan ahli keluarga’ katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang SPM 2017 empower ECER Akuapolitan Kuala Nerus di Pejabat ECER Negeri Terengganu.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John.

Sementara itu Ahmad Razif memberitahu sebanyak 200 unit rumah untuk golongan akan dibina di Kampung Seberang Pak Abu Kuala Nerus dalam fasa pertama projek Akuapolitan Kuala Nerus pada tahun ini.

‘Keputusan ECERDC tadi telah bersetuju untuk membina sebagai pemulaan projek akuapolitan Kuala Nerus di Seberang Pak Abu Seberang Takir dalam bulan empat untuk membina 200 buah rumah untuk menempatkan sebahagian nelayan ini dan selepas itu akan diikuti dengan pembinaan projek untuk aktiviti projek akuapolitan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri tahun lepas’.

‘Projek ini akan memakan masa 18 bulan akan dimulakan pada bulan April dan dijangka akan selesai pada 2020 dan kita akan lihat hasilnya’.

‘Projek ini akan bekerjasama dengan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan membuat pelaburan dan QL Resourses dalam indutri yang terlibat dalam hasil lautan’, tambahnya.

Leave a Reply

Top