Menurut penyanyi ini, keputusan itu dilakukan bukan kerana dia mempunyai masalah dengan pasukan yang telah banyak menaikkan namnya itu, tetapi lebih kepada keinginan untuk berdikari.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan syarikat pengurusan sekarang, sebaliknya merasa terhutang budi kepada mereka telah banyak membantu perjalanan seni saya selama ini.

“Kebetulan kontrak saya bersama  mereka sudah hampir tamat dan saya fikir mungkin sudah tiba masanya saya bergerak sendiri dalam menentukan hala tuju kerjaya seni seterusnya.

“Ia adalah keputusan yang saya buat sendiri atas keinginan untuk lebih bebas melakukan apa yang saya mahukan untuk kerjaya saya sendiri, ” ujarnya yang juga finalis Anugerah Juara Lagu ke-31.

Meskipun masih baru dalam bidang seni, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini berjaya meraih populariti yang begitu hebat terutamanya dari kalangan peminat Melayu.

“Secara jujurnya, sehingga sekarang pun saya seperti masih tidak percaya diterima dengan begitu baik oleh peminat walaupun bakat saya hanyalah biasa-biasa sahaja.

“Ini kerana saya melihat ramai lagi penyanyi yang lebih hebat daripada saya sehinggakan saya menjangkakan bakal melalui perjalanan yang sukar untuk menempatkan diri dalam bidang seni ini.

“Namun sebaliknya berlaku. Semestinya saya rasa sangat bersyukur dan cuba menghargai peluang ini dengan sebaiknya,” akui Lizzy terus-terang.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *