Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Ekonomi Malaysia Dijangka Alami Kelembapan ketara

Ekonomi Malaysia Dijangka Alami Kelembapan ketara

KUALA LUMPUR, Ekonomi Malaysia dijangka mengalami kelembapan ketara dalam masa terdekat ekoran penurunan dalam Indeks Pelopor (IP).

Berdasarkan krisis-krisis ekonomi global yang berlaku sebelum ini, didapati apa yang dijangkakan oleh IP untuk empat hingga enam bulan ke hadapan mencerminkan realiti kemelesetan ekonomi yang bakal berlaku.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, IP pada Mac 2020 merekodkan penurunan bulanan terbesar semenjak November 1991 berikutan sekatan pergerakan selama dua minggu.

IP terus menurun kepada negatif 4.9 peratus pada bulan Mac 2020 daripada negatif 0.8 peratus pada bulan sebelumnya.

“Penurunan ini disumbangkan terutamanya oleh Jangkaan Nilai Jualan di sektor pembuatan iaitu -1.7 peratus dan Bilangan Syarikat Baru Didaftar (-1.6 peratus) yang secara signifikan menyebabkan kemerosotan.

“Pada masa yang sama, perubahan tahunan IP merekodkan negatif 3.6 peratus pada Mac 2020 berbanding 1.7 peratus pada Februari 2020,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia menerbitkan Penunjuk Ekonomi Malaysia: IP, Serentak dan Susulan bagi Mei 2020.

IP disusun untuk menjangkakan puncak dan kawah (turning points) aktiviti ekonomi dalam jangka pendek.

Indeks itu mencerminkan penutupan dalam aktiviti perniagaan ‘non-essential’ berikutan sekatan yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk mengekang pandemik global.

Leave a Reply

Top