ZLATAN Ibrahimovic menuntut gaji sebanyak £600,000 seminggu daripada kelab Liga Perdana Inggeris jika mahu dia menyertai mereka bagi musim depan.

Pemain Sweden itu akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada musim depan selepas kontraknya tamat.

“Kami ingin mendapatkan khidmatnya, tapi jumlah wang yang dituntut agak gila.

“Kami menganggap dia memikirkan sesuatu yang penting untuk masa depan, tetapi dia mahukan wang yang banyak… itu pun di usia 34 tahun,” kata seorang ejen yang kecewa dengan tuntutan pemain itu.

Selain menyertai kelab England, Ibrahimovic turut dilapor bakal menyertai sebuah kelab yang beraksi untuk liga China.

Kelab itu dikatakan menawarkan pemain tersebut gaji sebanyak £1 juta seminggu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *