MH Online

Laman Suara Rakyat

Dulu Dipanggil 6 Jahanam, Kini Disanjung

Dulu Dipanggil 6 Jahanam, Kini Disanjung

Oleh : Abdullah Karim

 

Satu ketika dulu enam ahli politik ini menggemparkan lanskap politik tanah air.

Mereka dengan berani telah meninggalkan parti kesayangan mereka iaitu Umno dan berhijrah ke parti Bersatu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

Akibat penghijrahan tersebut ke enam-enam ahli politik ini dikecam oleh seluruh masyarakat dengan pelbagai kata nista sehinggakan mereka semua tertekan akibat penghijrahan.

Kebanyakkan mereka tidak berani berdepan dengan masyarakat sekeliling kerana bimbang ‘ditelanjang’ depan khalayak gara-gara berhijrah ke Bersatu.

Paling menyayat hati ada kalangan orang Umno yang tanpa segan silu memberi gelaran 6 jahanam terhadap mereka. Malah lebih teruk lagi mereka dikatakan pemimpin yang tidak pernah bersyukur terhadap apa yang mereka perolehi ketika bersama Umno dulu.

Mereka yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Hari ini 6 jahanam ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dengan melantik sebahagian mereka menyertai kabinet sama ada menteri atau timbalan menteri.

Sebahagiannya lagi dilantik sebagai pengerusi di agensi kerajaan atau GLC.

Datuk Seri Hamzah sebagai Menteri Dalam Negeri, Datuk Rosol, timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ikmal, timbalan Menteri Pertahanan dan Datuk Dr Latiff, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Dua lagi pemimpin yang turut diberi tempat dalam pimpinan kerajaan adalah Datuk Shahbudin (FELCRA) dan Datuk Mohd Fasiah di Perkeso. Kedua-dua mereka merupakan pengerusi dalam agensi kerajaan tersebut.