Share on Facebook

KOTA BHARU, Seorang duda didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol pelajar Tingkatan Tiga antara Mac sehingga November lalu.

Tertuduh, Mohd Fakhrul Bazlie Mohamed Apandi, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Beris Kubur Besar, Bachok antara bulan Mac hingga Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama jam 1.30 petang, pada 20 November 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak menawarkan wang jaminan kerana kes rogol adalah serius.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia dan perubatan.

Difahamkan mangsa kini mengandung lima bulan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *