Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Dua Maut Tertimbus Runtuhan Salji

Dua Maut Tertimbus Runtuhan Salji

 Dua daripada lima pelancong Sepanyol maut ketika bermain ski selepas tertimbus runtuhan salji di Pyrenees Perancis semalam, kata pihak berkuasa tempatan.

Runtuhan salji itu berlaku berhampiran terowong Aragnouet-Bielsa yang menghubungkan Perancis dengan Sepanyol.

Tiga pemain ski berjaya keluar dari timbunan salji dan tidak cedera.

Seorang daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia selepas dipindahkan ke hospital di bandar Toulouse.

Jumaat lalu, empat terbunuh dalam satu runtuhan salji di Alps Perancis.

Pemandu pelancong yang membawa mangsa berjaya menyelamatkan diri dan soal siasat oleh polis Jumaat lalu. Dia dibebaskan semalam. – Reuters

Leave a Reply

Top