MH Online

Laman Suara Rakyat

Dr Noor Hisham Ajak Rakyat Bersatu Melawan Covid 19

Dr Noor Hisham Ajak Rakyat Bersatu Melawan Covid 19

KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengajak rakyat bersatu dan berhenti menuding kesalahan pihak lain atas perkara yang sudah berlaku.

Dalam tiga Twitternya hari ini, beliau menjelaskan pilihan yang ada ketika ini adalah sama ada semua rakyat boleh bersatu untuk memutuskan rantaian jangkitan atau membiarkan angka jangkitan baharu terus meningkat.

“Di mana kita mahu berada, kita perlu memutuskan sama ada bersatu melawan musuh bersama atau terus membiarkan angkanya berulang-ulang ketika jumlahnya kini semakin meningkat. Barisan depan kami sudah berada di lapangan,” katanya.

Ketika ini, beliau berkata, pihaknya memberi fokus untuk mengawal pergerakan komuniti skala besar yang dikhuatiri boleh menyebabkan risiko penularan lebih besar.

“Kita memerlukan solidariti dan perpaduan yang kuat, bersama-sama kita boleh melawan musuh ini dengan lebih baik,” katanya dalam satu Twitter.

Beliau turut menunjukkan tiga model yang sedang diteliti Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai jangkaan kes positif COVID-19 yang ketika ini sudah mula menunjukkan trend peningkatannya.

Berdasarkan data dikongsinya, tiga model trend jangkitan itu termasuk peningkatan mendadak kes selepas 9 Oktober ini. Dua lagi, penurunan kes positif baharu bermula 9 Oktober atau data sedikit mendatar selepas tarikh berkenaan.

“Kami mempunyai tiga senario, tiga model yang berbeza, dan semuanya memberikan output yang hampir serupa. Grafik ini adalah yang paling mudah untuk menggambarkan senario semasa kami. Mari kita semua bersatu untuk meratakan lekukan lagi,” katanya.

Semalam, kes positif COVID-19 merekodkan jumlah 432 kes, tertinggi pernah dicacat sejak Mac, namun sebahagian besar penularan kes baru itu berlaku membabitkan kluster yang terkawal.