MH Online

Laman Suara Rakyat

Dr Hasnita Dilantik Pengerusi MARA

Dr Hasnita Dilantik Pengerusi MARA

PUTRAJAYA, Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, mengumumkan pelantikan Dr Hasnita Hashim sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu.

Menerusi satu kenyataan, PMO memaklumkan bahawa pelantikan ini, berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Dr Hasnita mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Nuklear Fizik dari Universiti Oxford.

Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam pengurusan kewangan global dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.

Beliau memulakan kariernya di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari.

Beliau juga merupakan ahli Institute of Actuaries.Kini, beliau adalah Pengerusi Maybank Asset Management Group dan juga ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad.

Dalam pada itu PMO turut mengumumkan pelantikan ahli majlis Mara yang baharu.

Mereka adalah Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Dr Nungsari Ahmad Radhi; Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin; Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed; Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Zakri Khir.