Novak Djokovic akhirnya berjaya merangkul gelaran Terbuka Perancis pertamanya dan menjadi pemain ketiga dalam sejarah yang memegang semua empat gelaran Grand Slam pada satu masa.

Gelaran Terbuka Perancis menjadi milik bintang Serbia berkenaan selepas 12 kali mencuba.

Pemain nombor satu dunia itu menundukkan musuh lamanya, Andy Murray 3-6, 6-1, 6-2, 6-4 untuk meraih gelaran utama yang ke-12.

Sebelum ini Don Budge pada tahun 1938 dan Rod Laver (1962 dan 1969) mencatat rekod sebagai pemain yang pada satu masa merangkul Terbuka Perancis, Terbuka Australia, Terbuka Amerika Syarikat dan trofi Wimbledon.

“Ia adalah saat yang sangat istimewa, yang terbesar dalam karier saya.

“Saya rasa hari ini sesuatu yang saya tidak pernah rasai sebelum ini…di Roland Garros dan saya merasa sayang kepada penonton,” kata Djokovic.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *