Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Diskaun 50% Bayar Saman Guna ‘E-Wallet’

Diskaun 50% Bayar Saman Guna ‘E-Wallet’

KUALA LUMPUR, Pesalah trafik ditawarkan diskaun 50 peratus selama seminggu bagi pembayaran saman menerusi beberapa aplikasi e-dompet, termasuk MyEG Services Bhd (MyEG), mulai Sabtu ini.

Diskaun sama turut ditawarkan kepada pesalah trafik bagi tempoh seminggu sepanjang pelaksanaan Ops Selamat yang dijadual dirasmikan esok.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata tawaran itu diberikan susulan jumlah kutipan saman yang direkodkan sepanjang tahun lalu menurun kepada RM305.92 juta, berbanding RM338.7 juta pada 2018.

“Penurunan jumlah kutipan saman ini disebabkan ada kawalan diskaun diberikan, berbanding tahun sebelum ini,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, jumlah kemalangan sepanjang tahun lalu meningkat 3.4 peratus membabitkan 567,466 kes berbanding 548,598 kes pada 2018.

Jumlah kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah sepanjang 2019 turut meningkat hampir dua peratus membabitkan sebanyak 3,022 kes, berbanding 2,964 kes pada 2018.

“Jumlah kemalangan maut sepanjang tahun lalu menurun kepada 5,763 kes, berbanding 5,870 pada 2018. Jumlah kemalangan di jalan bandaran sepanjang tahun lalu meningkat kepada 262,417 kes berbanding 252,720 kes pada 2018.

“Selain itu, hanya 10 peratus daripada keseluruhan kes kemalangan direkodkan berlaku di lebuh raya di seluruh negara, tahun lalu. Kita kini memberi tumpuan untuk menjalankan operasi bersepadu dengan jabatan lain serta ops khas dan mabuk,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, menegaskan indeks jenayah tahun lalu adalah di bawah nilai ambang iaitu 7.4 peratus atau 6,635 kes.

Leave a Reply

Top