MH Online

Laman Suara Rakyat

Dijangka Hujan Lebat Dan Ribut Petir

KUALA LUMPUR, Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang yang melanda kebanyakan negeri dijangka berterusan sehingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan negeri-negeri yang terlibat ialah Kedah yang meliputi daerah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang dan Perak ( Kerian, Larut, Matang dan Selama).

Di Negeri Sembilan pula, kawasan yang terlibat ialah Rembau, Seremban dan Port Dickson; Melaka, Johor (Tangkak dan Muar) serta Pahang (Pekan dan Kuantan), kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.