MH Online

Laman Suara Rakyat

Didenda Kerana Malas Berjalan

Didenda Kerana Malas Berjalan

Sebuah syarikat di China dikecam kerana mendenda pekerja yang tidak berjalan sekurang-kurangnya 180,000 langkah sebulan.

Menurut laporan Information Times, kakitangan di sebuah firma hartanah di bandar Guangzhou telah didenda 0.01 yuan (60 sen) untuk setiap langkah yang gagal mereka capai ketika cuba mencapai sasaran.

Menurut pekerja dikenali sebagai Little C, kerja lebih masa menyukarkan mereka untuk berjalan kira-kira 6,000 langkah sehari di luar waktu bekerja.

“Saya faham, syarikat mahu menggalakkan kami supaya lebih bergerak secara aktif. Tetapi, saya sendiri tidak mempunyai masa untuk tidur kerana perlu berjalan untuk mencapai sasaran ditetapkan,” ujarnya.

Sementara itu, wakil firma peguam tempatan, Liu Fengmao berkata, syarikat terbabit tidak mempunyai alasan undang-undang untuk mengukur prestasi pekerja berdasarkan jumlah langkah mereka dan peraturan seumpama itu hanya mendatangkan komplikasi kepada pekerja.

Pada Januari 2017, syarikat teknologi di Chongqing turut dikritik banyak pihak selepas ia memaksa staf mereka berjalan 10,000 langkah sehari sebagai ukuran untuk menilai prestasi kakitangan.