Pelakon Diana Danielle akan memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian selepas menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Warner Music baru-baru ini.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 25, berkata, nyanyian lebih sesuai dengannya buat masa ini memandangkan ia tidak memerlukan komitmen yang panjang seperti mana diperlukan dalam bidang lakonan.

“Jujurnya jadual kerja saya sangat padat dengan pelbagai aktiviti ditambah dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.

“Saya memilih untuk fokus kepada karier nyanyian kerana ia tidak memerlukan saya memberi komitmen yang panjang dan ia sesuai untuk saya buat masa ini,” katanya.

Diana memberitahu bakal melancarkan single pertama selepas Aidilfitri.

Isteri kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Dalam pada itu, Diana berkata, walaupun ingin menumpukan perhatian kepada karier nyanyian dia tidak merancang untuk meninggalkan dunia lakonan dan akan menerima sebarang tawaran sekiranya ia bersesuaian dengan jadualnya.

Jelas Diana, sebelum membuat sebarang keputusan dia perlu memikirkan dua anak-anaknya kerana tidak mahu berjauhan dengan mereka terlalu lama.

“Lakonan memerlukan fokus selain mengambil masa yang panjang dan itu membuatkan saya ingin beralih kepada nyanyian kerana ia lebih sesuai dengan saya.

“Bagaimanapun saya masih berlakon cuma akan lebih terhad memandangkan keutamaan saya adalah keluarga dan anak-anak,” ujarnya.

Sementara itu, Diana berkata, dia dalam proses menyiapkan single pertamanya yang dijangka akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.

“Minat saya sebenarnya memang dalam bidang nyanyian dan saya nekad untuk melancarkan single kerana ingin merialisasikan impian saya.

“Diterima atau tidak ia soal nombor dua dan paling penting saya telah mencuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana bersama rakan kongsinya baharu sahaja melancarkan kafe iaitu Born & Bread yang mula beroperasi sejak akhir Januari lalu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *