Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Dewan AS Lulus Langkah Akhiri Penutupan Pentadbiran

Dewan AS Lulus Langkah Akhiri Penutupan Pentadbiran

Majoriti ahli Dewan Demokratik baru AS hari ini meluluskan dua langkah yang akan mengakhiri penutupan separa pentadbirannya.

Bagaimanapun, ia masih bertemu jalan buntu kerana rang berkenaan tidak menyalurkan sebarang dana untuk pembinaan tembok sempadan Presiden Donald Trump.

Terdahulu Trump mengancam menggunakan kuasa veto ke atas pembiayaan yang diluluskan ke atas operasi keselamatan dalam negeri sehingga 8 Februari dan beberapa agensi lain menjelang September. Ia kerana tiada sebarang bentuk pembiayaan disalurkan untuk pembinaan tembok di sempadan AS-Mexico.

Senat yang dikendalikan Republikan mengatakan mereka mungkin tidak akan mengundi rang undang-undang itu.

Speaker baru Dewan, Demokrat veteran, Nancy Pelosi tegas mengatakan sebelum undian bahawa tiada pembiayaan untuk tembok sempadan akan disediakan. – AFP

Leave a Reply

Top