‘Despacito’ mengenepikan semua klip video di Youtube dari segi jumlah tontonan, tetapi ia bukanlah klip video yang paling viral sepanjang tahun 2017.
Sebaliknya, klip video seorang lelaki Thailand menyanyi memakai kostum tiram menjadi klip video di YouTube yang paling viral bagi tahun ini.
Ia dirakamkan dalam satu pertandingan nyanyian di Thailand, diberi nama ‘The Mask Singer’ (ala The Voice) dengan peserta dikehendaki memakai topeng dan kostum pelik untuk diadili para juri tanpa melihat wajah mereka.
Bagi klip video paling viral itu, seorang lelaki telah menyanyikan lagu berjudul ‘Cinta kamu sehingga dunia berubah menjadi debu’ (terjemahan bahasa Thai).
Sebagai laman video terbesar di dunia, YouTube menilai klip video yang paling popular dan memikat hati penonton di dunia sepanjang tahun ini.
Konsep pertandingan ‘The Mask Singer’ berasal dari Korea tetapi telah merebak ke Thailand, Vietnam dan China.
Klip video pertandingan ini telah dilihat lebih dari 3 bilion kali pada 2017, sekali gus menjadikan klip video dari Thailand yang pertama kali menjadi video paling viral di YouTube.
Sementara itu, ‘Despacito’ menang dari segi jumlah tontonan dengan 4.46 bilion kali.
Oleh kerana video muzik sering menjadi klip paling banyak ditonton di YouTube setiap tahun, laman ini telah membuat memisahkan kategori ini dengan klip lain untuk tahun ini.
Turut termasuk dalam ranking paling trending adalah dua klip yang mempunyai kaitan dengan penyanyi dan penulis lagu Ed Sheeran, termasuk video koreografi tarian dan penampilannya di segmen Carpool Karaoke dalam ‘The Late Late Show’.
Video muzik rasmi Sheeran untuk ‘Shape of You’ juga menduduki tempat ke-2 dalam senarai muzik.
Berikut senarai klip video paling trending di YouTube Tahun 2017:
Until We Will Become Dust – Oyster Masked (ตราบธุลีดิน – หน้ากากหอยนางรม) | THE MASK SINGER 2
Ed Sheeran – | Kyle Hanagami Choreography
Ping Pong Trick Shots 3 | Dude Perfect
Darci Lynne: 12-Year-Old Singing Ventriloquist Gets Golden Buzzer – America’s Got Talent 2017
Ed Sheeran Carpool Karaoke
Lady Gaga’s Full Pepsi Zero Sugar Super Bowl LI Halftime Show | NFL
“INAUGURATION DAY” — A Bad Lip Reading of Donald Trump’s Inauguration
History of the entire world, i guess
In a Heartbeat – Animated Short Film
Children interrupt BBC News interview – BBC News
Muzik Video Paling Trending
Luis Fonsi – Despacito ft. Daddy Yankee
Ed Sheeran – Shape of You [Official Video]
J Balvin, Willy William – Mi Gente (Official Video)
Maluma – Felices los 4 (Official Video)
Bruno Mars – That’s What I Like [Official Video]
Chris Jeday – Ahora Dice (Official Video) ft. J. Balvin, Ozuna, Arcángel
05. El Amante – Nicky Jam (Video Oficial) (Álbum Fénix)
Jason Derulo – Swalla (feat. Nicki Minaj & Ty Dolla $ign) (Official Music Video)
DJ Khaled – I’m the One ft. Justin Bieber, Quavo, Chance the Rapper, Lil Wayne
Enrique Iglesias – SUBEME LA RADIO (Official Video) ft. Descemer Bueno, Zion & Lennox
Berita lain
Semua Menteri UMNO Bertemu Muhyiddin
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam