Pemain tengah Tottenham Hotspur, Mousa Dembele dikenakan hukuman penggantungan enam perlawanan kerana berkelakuan ganas yang tidak dilihat oleh pengadil tetapi berjaya dirakam menerusi video, kata Persatuan Bola Sepak England (FA) pada Jumaat.

Dembele yang menerima keputusan tersebut akan menyaksikan hukuman penggantungan tersebut dilanjutkan ke musim depan.

Ulang tayang di televisyen menunjukkan pemain kebangsaan Belgium itu cuba menggasari penyerang Chelsea, Diego Costa ketika kedua-dua pasukan tersebut terikat 2-2 di Stamford Bridge pada Isnin lalu.

“Pemain Tottenham Hotspur itu menerima hukuman tersebut tetapi menafikan dakwaan FA bahawa standard hukuman tiga perlawanan yang sepatutnya dikenakan terhadap kesalahannya adalah tidak jelas.

“Suruhanjaya Peraturan Bebas mengekalkan dakwaan FA pada perbicaraan hari ini (Jumaat) dan mengarahkan penggantungan tiga lagi perlawanan sebagai tindakan yang sewajarnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *