MH Online

Laman Suara Rakyat

David Silva Setuju Sertai Sociedad

David Silva Setuju Sertai Sociedad

Pemain tengah Sepanyol, David Silva bersetuju menandatangani kontrak dua tahun bersama Real Sociedad selepas berhijrah dari Manchester City, umum kelab La Liga itu awal pagi tadi.

Silva, 34, menghabiskan sedekad bersama City dan membuat penampilan terakhir sebagai pemain gantian ketika pasukannya tewas 3-1 di tangan Lyon pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Dia dijangka akan menyertai rakan sepasukan baharunya beberapa hari lagi untuk latihan pramusim.

Kempen La Liga 2020/21 dijadualkan bermula 12 September. Sociedad menamatkan musim di tangga keenam dan layak beraksi di Liga Europa.

Silva menang 11 trofi domestik di Manchester dan dikenali sebagai seorang daripada pemain import terbaik Liga Perdana.

City berkata satu patung akan dibina sebagai penghargaan buat pemain itu manakala sebuah padang latihan di kelab itu juga akan dinamakan sempena namanya. – AFP