Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Datuk Zahidi Dimasukkan Ke Hospital

Datuk Zahidi Dimasukkan Ke Hospital

KANGAR, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, pagi semalam, dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pengarah HTF, Dr Othman Warijo, berkata Zahidi yang mengalami masalah komplikasi kesihatan membabitkan buah pinggang, jantung dan paru-paru, dipindahkan dari Unit Penjagaan Jantung (CCU) HTF ke HSB, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

“Zahidi memerlukan rawatan lebih komprehensif di CCU HSB,” dipetik sebagai berkata.

Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar dimasukkan ke HTF selepas mengadu sakit dada kepada isterinya selepas bangun dari tidur awal pagi semalam.

Beliau dimasukkan ke Unit Kecemasan HTF jam 5.30 pagi sebelum dipindahkan ke CCU beberapa jam kemudian selepas diberikan ubat tidur bagi tujuan untuk direhatkan.

Leave a Reply

Top