Empat individu termasuk Ketua Eksekutif bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

Suspek berusia 58 tahun itu ditahan bersama setiausaha perbadanan, berusia 34; penolong pegawai kewangan, 32 tahun; dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar doktor, 38 tahun.

Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara antara jam 4.30 petang dan 6 petang dalam satu operasi khas yang dilancar SPRM, pada rabu.

Difahamkan, siasatan awal SPRM mendapati pada tahun 2016, suspek disyaki menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pula pada tahun ini.

Difahamkan, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM40 kepada perbadanan itu bagi mengendalikan program-program latihan dan pada tahun lepas, sejumlah RM35 juta turut diperuntukkan.

Dana itu diberi kerajaan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata pihaknya sedang mendapatkan dokumen-dokumen membabitkan penyelewengan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *