MH Online

Laman Suara Rakyat

Datuk AC Kembali Dengan Punchline DAC

Datuk AC Kembali Dengan Punchline DAC

Astro Warna melancarkan program komedi baharu Punchline DAC yang bakal bersiaran mulai 12 Ogos 2020 (Rabu) jam 9 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107).

Program yang menjanjikan pengalaman tontonan ‘gelak tidak henti’ ini juga boleh distrim secara percuma bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO dan juga on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Punchline DAC bakal menyaksikan pengacara tersohor negara, Datuk AC Mizal sebagai hos untuk 24 minggu berturut-turut.

Dalam program berdurasi 60 minit ini, beliau akan menemubual tokoh-tokoh masyarakat popular tanah air seperti pelakon, penyanyi, pemuzik, pelawak, pengarah dan ramai lagi, di samping melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti trivia, sketsa dan elemen-elemen game show yang bakal diterapkan bagi hiburan audiens.

Menarik lagi, juru solek dan penghibur, PS Mansur juga turut memeriahkan lagi set Punchline DAC ini dengan celoteh lucunya sebagai sidekick kepada Datuk AC.

Antara barisan selebriti yang bakal mewarnai program Punchline DAC ini termasuklah maestro muzik Datuk Ramli MS, pemain bola sepak Khalid Jamlus, pelakon Sharifah Amani, kumpulan Dollar, peserta Big Stage 2020, dan ramai lagi.