MH Online

Laman Suara Rakyat

Datuk Ac Bikin ‘Kecoh’

Datuk Ac Bikin 'Kecoh'

Datuk Mizal Dato’ Zaini, atau lebih dikenali sebagai Datuk AC Mizal telah menggemparkan Karnival Jom Heboh, Johor Bahru. Beliau hadir bersama Izzue Islam, Oktovia Manrose, Armada Ammar, dan Emelda Rosemila untuk mempromosikan program sitcom terbaharu TV3, Pop Yeah Yeah.

Datuk AC telah mengambil alih Konsert Kom Heboh malam kelmarin daripada Fizi dan Muaz ketika slot persembahan Kugiran Masdo. Suasana Karnival Jom Heboh malam kelmarin bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival tersebut.

 

“Sejujurnya saya merupakan peminat Kugiran Masdo kerana setiap ahlinya mempunyai karakter mereka masing-masing. Tambahan pula, mereka memperjuangkan irama Pop Yeh Yeh, yang mana sebagai seorang penyanyi, saya amat mengagumi semangat kumpulan itu untuk menghidupkan kembali fenomena muzik zaman 60-an. Saya berasa amat berbesar hati ketika pihak TV3 sudi menjemput saya untuk mempersembahkan lagu tema Sitkom Pop Yeah Yeah, ‘Jefri Dom’ di atas pentas, diikuti pula dengan peluang untuk bergandingan bersama Masdo, dengan lagu mereka, ‘Dinda’.

Dengan peluang itu, saya dapat melihat ramai pengunjung Karnival Jom Heboh ini, terhibur dan tersenyum. Itulah niat saya sebagai seorang penghibur selama 28 tahun, iaitu untuk menghiburkan pengunjung dan penyokong setia dunia hiburan tanah air.” Ujar Datuk AC Mizal ketika ditemu ramah di Karnival Jom Heboh, semalam.

Tambahnya lagi, “Ini merupakan kali pertama saya hadir ke Karnival Jom Heboh, itu sahaja sudah membuatkan saya teruja untuk hadir. Tambahan pula saya hadir untuk mempromosikan sebuah sitkom yang bertemakan zaman 60-an, makin bertambah teruja saya untuk hadir. Terutamanya setelah saya membuat persembahan lagu tema Pop Yeah Yeah, malam kelmarin, semalam saya bersama barisan artis lain mengadakan ‘flash mob’ dengan tarian lagu Jefri Dom tersebut bersama para pengunjung Jom Heboh ini. Bagi saya, ini merupakan cara promosi yang luar biasa. Terima Kasih kepada TV3, dan saya berharap agar para peminat TV3 akan menggemari Pop Yeah Yeh, yang akan mula bersiaran pada 3 Ogos nanti.”

Pop Yeah Yeah merupakan sebuah rancangan sitkom 30 minit selama 20 episod yang menampilkan Datuk AC sebagai Jefri Dom. Jefri Dom merupakan seorang pengusaha kafe yang pernah hidup pada zaman 60-an dan masih berasa relevan pada masa ini. Jefri Dom mempunyai beberapa orang pekerja kafenya, iaitu Amira, Ali, Leman dan Nasir. Mereka berlima akan membincangkan pelbagai topik-topik hangat pada masa ini bersama beberapa artis jemputan, setiap episod.