Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Dataran St Mark Ditutup Akibat Banjir

Dataran St Mark Ditutup Akibat Banjir

Kerajaan Itali hari ini mengeluarkan amaran merah di Venice selepas kejadian air pasang luar biasa membanjiri bandar terusan itu.

Bandar berkenaan juga diisytiharkan darurat Khamis lalu.

Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro turut mengarahkan bandar ikonik Dataran St Mark itu ditutup susulan gelombang pasang surut diiringi ribut dan angin kencang.

Ia mencecah ketinggian 1.54 meter sebelum tengah hari semalam lebih rendah berbanding Selasa lalu namun masih berbahaya.

“Saya terpaksa menutup dataran berkenaan bagi mengelakkan risiko kesihatan kepada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, dataran itu kembali dibuka semula pada waktu tengah hari selepas paras air surut dan ramalan menjangkakan paras yang lebih rendah beberapa hari akan datang. – AFP

Leave a Reply

Top