Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ‘Dana Yang Diterima Adalah Derma’

‘Dana Yang Diterima Adalah Derma’

KUALA LUMPUR, Datuk Seri Najib Razak mempercayai dana yang dimasukkan dalam tiga akaun AmBank baharunya berasal daripada derma yang diterimanya dalam satu lagi akaun bank yang sudah ditutup.

Berikutan itu, beliau menggunakan dana berkenaan bagi tujuan politik, sosial dan kebajikan yang menjurus kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Najib berkata, Allahyarham Datuk Azlin Alias yang juga Ketua Setiausaha Sulit beliau ketika itu, ada memberitahunya bahawa sumbangan ke arah usaha CSR boleh dibuat melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Bekas perdana menteri itu berkata, Allahyarham Azlin adalah salah seorang pemegang amanah YR1M dan beliau (Najib) percaya sumbangan itu akan diberi kepadanya jika ia diluluskan Ahli Lembaga Pemegang Amanah).

“Sekitar tahun 2014, Azlin juga ada memberitahu saya derma lanjut juga diterima daripada Raja Abdullah melalui pemindahan mata wang asing.

“Saya percaya perkara itu semestinya dimaklumkan kepada Azlin oleh ahli perniagaan dikehendaki polis, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Saya pernah ditunjukkan surat bertarikh 1 Jun 2014 daripada wakil Raja Abdullah yang sama seperti tiga surat terdahulu. Saya difahamkan kewujudan derma ini dan surat itu dilaporkan kepada pihak bank, Bank Negara Malaysia dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz secara langsung.

“Ini membentuk asas kepada kepercayaan saya bahawa sebarang jumlah dalam akaun baharu adalah dana yang boleh saya gunakan atas budi bicara mutlak saya,” katanya melalui pernyataan saksi.

Leave a Reply

Top